Friday, December 30, 2011

sayonara 2011 =(

salam readers.


salam tahun baru untuk semua. hmm. cepat betul masa berlalu. pejam celik pejam  celik, da nak masuk 2012 da. sedih lak rasa. da macam2 benda berlaku dalam tahun 2011 ni. dalam tahun ni jugakla aku dapat masuk DPLI kat UiTM shah alam. bersyukur sangat dengan kurniaan yang Allah da bagi kat aku. Ya Allah.Alhamdulillah atas rahmatMu. =)

lau  nak ingat balik sume memang tak cukup page la aku tulis. macam2 da aku hadapi dalam tahun 2011 yang bakal berlalu tak sampai 24jam lagi ni. hmm. rasa sedih pn ade. rase gembira pun ade. agak2 ape azam tahun baru korang ae? aku? macam besela. tiap2 tahun aku harap aku akan terima jodoh dan yang pasti aku harap "dia" adalah yang terbaek untuk aku. hehe, gatai bukan? *adeakukesah*

perjalanan hidup aku masih panjang. aku kena tempoh pelbagai2 lagi dugaan dan cabaran untuk tahun depan. entah apela agaknye dugaan tahun depan kan. hmm.pasrah. aku harap aku tabah dan kuat untuk hadapi semuanya.

bese lau tahun baru nak masuk mesti da list kan azam tahun baru kan kawan2? ape azam tahun baru korang kali ni. antara azam yang aku nak sangat ia berlaku:

1) ofcoz, aku nak tamatkan zaman bujang aku. hehe.
2) aku nak jadi sorang pendidik yang berjaya dan disayangi. sweet tak?
3) aku nak jadi sorang isteri yang taat dan patuh pada suami aku nanti. *beranganpuntakbleh*
4) nak jadi anak yang dapat balas segala penat lelah mak abah aku.
5) teringin nak bawak semua family aku g bercuti dan kos nye aku yang tanggung. *lamedaazamnitau*
6) lau boleh, nak tengok mak abah dapat g haji tahun depan. *amin*
7) nak miliki sebijik kete sendiri. da taknak tumpang orang lagi da. *insyaallah*
8) nak baiki kelemahan diri dan tingkatkan lagi kelebihan *cehmacamlaadekelebihankan*
9) taknak buat mak n abah nanges sebab aku *insyaallah*
10) nak semua orang bangga dengan diri aku. *amin*

...................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................


sila isikan ruang kosong..ehee

SELAMAT DATANG 2012. DAN SELAMAT TINGGAL 2011.
MOGA SEMUANYA AKAN TERUS LANCAR.

p/s: ini entry terakhir untuk tahun 2011.

Tuesday, December 20, 2011

wedding Ain & Rauf (my ex-uni) on 17&18 Disember 2011

sekitar majlis wan nazatul ain & abdul rauf. mereka sangat sweet dan sessuaai. cantek dan ensem gitteeww. like like like.!!!







selamat bergelar suami isteri


akad nikah

damn gojes my dear..


all no.43 tmn cempaka members

gedik2

purple


frenship 4eva


red

sepadan sangat

i like the backgroud

semoga kekal hingga ke syurga. amin.

Saturday, December 17, 2011

jumaat - Midvalley + sogo + jln TAR, sabtu- wedding ain & rauf

salam readers.


yeah.! dua ari yang sangat penat. mane taknye. seharian bejalan. eh salah. da dua ari jadinye duaharian la..haha. jumaat, aku ngan nani (ex-classmate) aku g berjimba2. orang laen dok sebok ber "kolokium"..aku ngan nani dok buat kolokium senirik. haha. bagus sangatla wa cakapluuuuu..!


first, kitorang g mid dulu. g nonton filem "songlap". huh. takdela "songlap" sangat filem ni. bese2 je bagi aku. aku kasi 3/5 bintang je. jalan cite da oke, cume kena banyak tambah scene2 kelaka la baru syok. yela, kan shaheizy sam belakon tuuu..hehe. lagi satu cite ni tergantung la plak. hmm. nyampah tul tengok cite tergantung camnih. haish.

orait2. stop cite "Songlap". pas abes movie, kitorang pun g la menjimba2kan diri dalam midvalley tu. skali nampak ade deko2 hari natal kt lobi. so..ape lagi???


snap gambar jap..



tapi saya memang comel oke ;p

yee..saya memang bajet comel..so??




esoknye (sabtu) aku g kenduri my ex-classmate time kat dungun dulu. sape lagi lau bukan ain n rauf. jauh tuuuu.. sampai ke jerantut kitorang g semata2 nak g wedding mereka. sonok bangat. sebab ape? sebabnye aku dapat jumpe sume my ex-housmate time kat melaka dulu. ade reha, yuyun, mai n lyin. woohoo..best wok.! cam reunion lak ai semalam. masing2 bawak pasangan. termasukla aku. hikhik. *blushing* ;p


tadaaa..kwn2 nila my "buah hati"



haha. semalam aku da introduce my mr.B kat sume my ex-housemate taman cempaka. hihu. sume tanye "bila u nak kawen?". huhu. aku sengeh je cam kerang busuk sebab aku takde jawapan untuk solan itu. miahaha. nak jadi cekgu takle buat camtu tau lau anak  murid tanye. haa..ni lect aku yang cakap. cekgu kena lebih bijak dari anak murid oke. huhu. pas lepak dalam 2-3 jam kat umah ain, kitorang pun gerak ke lurah bilut? haa? buat ape?


lau nak tau..bak 100.!! ehee. ala, mr.B nak melawat bakal bapak n mak mertua la tuuuu..hikhik. takdela. kitorang nak g bedal durian, rambutan dan manggis di umah aku. woohoo..! heaven2. beb kot dapat makan buah2an tempatan. free lagi..eheh. pas melantak, kitorang pun gerak ke KL. sampai shah alam dalam kul 9 camtu.

sekian.

Wednesday, December 14, 2011

Sentappp!! :(

tadi dia datang
sebab saya ngadu masalah laptop
tapi saya langsung tak mintakuntuk dia datang
dia yang "offer" nak datang
pastu kan......................







dia betulkan laptop
then dia cakap "buat penat je datang jauh2"

dan dia terus blah macam tu je
sentapnye hati saya time tu
saya tengok dia jalan terus
langsung tak toleh sikit pun kat saya








saya terus nanges
orang yang lalu lalang sume tengok
malu sangat saya rase :(




masa saya pandang dia pergi
airmata ni laju je kuar
tapi.........................................
sikit pun dia tak toleh belakang


egonye dia
ape salah saya??
kalau saya tau camne nak baiki
saya tak mintak tolong dia
saya taula saya ni bodoh
bende kecik macam tu pun tak le setelkan sendiri



eee...bodohnye saya!
nyesal dulu tak amek IT
lau tak takdela dia pandang rendah kat saya



pas dia pergi
saya duduk kat kusi tu sorang2
dengan harapan dia akan patah balik dan pujuk saya
tapi.................................................... :(






setengah jam saya tunggu
dia tak muncul2 jugak
saya pun balik




dalam perjalanan balik
saya berenti duduk kat kerusi bulat
dan saya nanges lagi
puas saya fikir
ape salah saya diperlakukan camtu?





skang...
saya sangat sedih :'(
sampai hati dia buat saya camtu





saya nekad
saya tak kan susahkan dia lagi
saya nak berdikari
macam dulu
walaupun saya takde sape2
saya boleh survive sendiri
buat ape saya nak takut
Allah kan sentiasa ade untuk kita???



thank u Allah untuk pengalaman ini :)



nota hati elby : kolej mawar : 9.26 p.m

Tuesday, December 6, 2011

Qisya Arabella Danella

Qisya Arabella Danella Juhinin (051011-051211)

salam readers.
arini aku nak kongsi 1 kisah sedih tentang seorang kawan rapatku masa di skola dlu.
nama dia dot (bukan nama sebenar). hmm. berat rase ati nk cite. tapi aku dedikasikan entry kali ni pada arwah anaknye. Qisya Arabella Danella.
semalam dot call aku. suara dia macam dalam kedaan kelam kabut. mula2 aku ingatkan dia saje nak tanye kabar. sebab kami da lame tak jumpe. lagipun dia di sabah sebab suaminya orang sane.
05 oktober 2011. tarikh keramat bagi dot dan pasangan sebab dapat cahaya mata pertama mereka.

sape lagi kalau bukan Qisya. lepas dot bersalin aku dan sorang lagi best fren aku (pka) tefon dot untuk tanya kabar dia dan baby nye. memang eksaited sangat kami time tu. yela. teruja sebab kami da jadi "aunty" kn? hehe. macam2 kami borak dengan dot time tu. tapi dia tak banyak cakap sangat sebab time tu baby dalam hospital. kami sempat dengar Qisya nanges dalam tepon. waa..lagi teruja la kami nak jumpe Qisya. dot kata dia nak balik awal tahun depan. dalam hati kami, tuhan je yang tau betapa eksaitednye nk jumpe Qisya.
lepas tu. lame dot menyepi....












semalam. 05 disember 2011.
aku dapat call dari dot.


"baya, aku ade sesuatu nak cakap kat ko ni" time ni siyes sangat bunyi sore dot. aku da start cuak.
dot cite satu2 kat aku. Ya Allah! time ni betapa terkejutnya aku dengar berita dari dot.
sambil nanges dot cakap "baya, Qisya da takde........"
innalillah.....Ya Allah, cepat betul Kau ambil Qisya dari kami.
hanya sekejap Kau pinjamkan dia pada kami.
dot cakap Qisya meninggal sebab paru2 di dijangkiti kuman.
diam tak terkata aku dengar cite dot. satu2 dia citerkan pada aku.
yang paling sedih, Qisya hidup genap usianya 2 bulan.
dot jugak cakap..dia sempat dukung Qisya buat kali terakhir masa kat hospital tu.


sambil aku taip entry ni. aku nanges. walaupun aku tak sempat jumpe Qisya, tapi aku sangat terasa kehilangan baby comel tu.



Qisya,
makcik doakan Qisya bahagia di alam sana.
walaupun makcik tak sempat jumpe Qisya. makcik sayang sangat kat Qisya.
makcik tau Allah lebih sayangkan Qisya.

kepada dot,
aku harap ko tabah hadapi dugaan ini.
aku sentiasa doakan kebahagiaan ko di sini. sahabat =)
p/s: entry ini didedikasikan khas buat baby Qisya. 05122011
Al-Fatihah.......

Tuesday, November 22, 2011

tahniah Harimau Muda.! aaumm.!!!


harimau malaya. harimau malaya. selamanya. selamanya.!
yeah.!! tahniah Malaysia sebab dapat pertahankan kejuaraan dalam sukan bolan sepak Sukan SEA 2011 semalam.! memang tak sia2 aku tinggalkan sume asaimen aku semata2 nak g sokong malaysia (psst. walaupun sebenarnya kat dalam bilik tv kolej mawar) je atleast aku ade semangat kesukanan yang tinggi. hehe. yedak? tinggi la sangat. memang tinggi. tu pun sebab semalam jerit sampai tak hengat. sambil melompat2 atas kusi. terkinja2 macam. erk..macam. erm. takmo la teruskan. hehe. tak kesahla. yang penting aku memang sangat bangga dengan dorang. esepecially Khairul Fahmi ngan Baddrol Bahtiar. hoh? ekceli aku elergik dengar name bad ni. muahaha. almaklumla. kisah silam. oops.! takmo2. no no.! papepun aku memang bangga dengan dua hero ni. fahmi sebab dia memang giler terror tangkap bola siot.! terus lekat je bola kat tangan dia lau tangkap bola. pergh.! memang terbaek. yang bad pulak. beliau memang seorang kapten pasukan yang excellent. sangat bersemangat. hebat. pergh.! terbaek dari padang.! leh tak gitu? hehe. tengok dia maen semalam buat aku terpikat lak dengan sorang lagi player malaysia ni. hoho.

dalam sakit2 jantung tengok bola semalam, ade jugakla cite yang tak best nak di ungkit kan. yela. korang tau jela kan. bape banyak peluang semalam patutnya malaysia dapat jaringkan gol.. tapi disebabkan fakri, sume peluang tu kita terlepas camtu je. tak tau la kenape. dulu time bf aku cakap fakri tu maen tah pape aku buat dek je. siap bekap dia lagi. tapi lepas tengok dia maen semalam. memang macam haram je. haha. lagi tak boleh blah, penalti pun dia boleh tak lepas. hadoi. memang spoil la mamat tu semalam. dala maen macam nak tak nak je aku tengok. bad maen lagi best. sian dia. asyik jatuh je. huhu. rase nak tolong angkat je. kihkih. gatai.!!

haa. lagi satu aku nak komen pengadil semalam memang tak adil la. macam ba alif ngang je. lau malaysia terus je kasi kad kuning. tapi lau indon lepas camtu je. padahal terang2 nampak sangat memang indon salah. ish2, memang berat sebelah dow. mesti da dapat makan rasuah la tu. bodoh betul. baek tak payah jadi pengadil. cam haram je care ko keje. huh.!

haha. aku lau bab komen memang juara. hehe. belum masuk bab keji mengeji. kikiki. kelas kau jah.! ayat tak leh nak gedik lagi ke baya oi. miahaha. eeh. aku punye suke la. blog aku. lau tak suke jangan bace. oke. ! papepun aku nak umumkan kat sini yang aku telah tambah koleksi player kegemaran aku skang. sape? nak tau ye? jap ye..




jeng..jeng..jeng...









hahaha. biala dia tak kacak macam apex. yang penting dia hebat.! hidup baddrol..!! lebiu.!!


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.!!




Saturday, November 19, 2011

Second Lover

jeng..jeng..jeng..
mempersembahkan. baby boy kami. eh. kami ke? okela2. dia punye. hehe.
tutup mata dulu. nak surprise2 ni. hehe.
k la. tadaaaaaaa.











my madu


yeyeah.! itu dia. second lover of my bf. hukhuk. skang aku terpakse kongsi kasih dengan mende alah ni la dengan bf aku. hukhuk. sedih. dia sanggup duakan aku. ngeh3.


alhamdulillah. dia da dapat ape yang dia nak. biala tak baru. tapi maseh cantek dan kacak lagi. okela ni untuk pertama kan. atleast lau hujan takdela dia ngadu dengan aku lagi dia basah kuyup. yedak?
i'm so hepi for him. aku tau dia memang nak sangat. tak putus2 aku doa, alhamdulillah. akhirnya impian dia tercapai jugak. Thank u Allah. ^_^


buat2 baek dgn madu

yeah! kacak siot owner madu i. meow.!

b, u kne adil tau. untuk i n madu i. janji tau.!


once again.

Alhamdulillah.

Monday, November 14, 2011

Kenape nak rahsia??

1st gmbr bersama ^_^ @putrajaya

ramai kawan2 yang bertanya kenape ko sorok sangat hubungan ko baya? kasitau jela kat sume orang. ape masalahnye??

haa..meh sini aku cakap kenape.



sebenarnya aku bukan suke2 nak sorok hubungan kami. aku cume nak jaga hati beberapa pihak. sape? haha. biarla rahsia. ekceli bf aku nak sangat kitorang kasitau sume orang yang kitorang kapel. cume aku yang taknak. aku belum ready la. aku rase tak perlu kot nak kecoh2 lau takat kapel je. laenla kawen tu kan. haa. barula syok nak kecoh2. yedak? haha. entahla. kadang2 aku kesian jugak kat bf aku. tapi nak buat camne kan. dia pun redha je dengan kehendak aku. malasla weh nak kecoh2. nanti becinta bagai nak rak. last2 takde ape susah jugak kan? nanti lagi payah nak jawab solan "weh, asal korang clash?". so, aku putuskan untuk sorok je dulu hubungan kami. tapi alhamdulillah. parents kami dua2 da kenal. so, takdela rase bersalah sangat kan setakat sorok dari kawan2?. hehe. tapi sampai bila kan aku nak sorok rahsia ni? haaa. biala Tuhan je yang tentukan. lagipun skang ni pun da ramai kot yang tau. lantakla. aku malas nak amek tau camne dorang tau. maybe sebab ade yang stalk blog aku ni kot. hehehe. yang bace tu janganla terasa lak ye. teruskan membaca. hehe.kadang2 rasa da macam artis lak bila tau ade orang stalk kita ni. heheheheeee. papepun, aku doakan yang terbaek untuk kami. doakan kami jugak ye stalker2 sekalian ;p


bye stalker.!!

Wednesday, November 9, 2011

miss u......B



"we may be far away..but our friendship remains true..i just wanted to say...I MISS YOU!!"

hmm. korang nak tau tak?disebabkan saya post ayat kat atas tu dalam status FB saya, encik B da fikir bukan2. dia tanya saya. sape yang sayang rindu tu? ish. kesitu lak difikirkan dia. actually memangla saya tengah rindukan kawan lama saya, tapi tak sangka plak dia sampai terfikir2 pada sape saya tuju ayat tu. hmm. kelakar plak rasa. kadang2 rasa senang jugak dalam ati ni bila tau dia risau. atleast saya tau dia benar2 sayangkan saya. saya bahagia. cuma kadang2 tu saya takut. takut encik B selalu fikir bukan2 lak kang susah. huhu. encik B saya nampak je dia camtu. rupenya stalker setia saya tau. hahaha. B..B..kelakar la B ni. semalam dia suh saya cite sape orang yang saya rindu tu. saya cite jela. da dia nak tau sangat. cume saya tau, lepas saya citer 2 dia agak kecewa sebab saya merindukan orang laen jugak selaen dia. lau pompuan takpela..ni laki kan. manela tak risau encik B saya tu kan. hehe. cakap pasal encik B, makin ramai lak dak skool saya yang da tau hubungan kami. hmm. tak suke sebenarnya. tapi nak buat camne kan. mulut tempayan boleh la kita tutup kan. lau mulut manusia ni memang tak la yedak? huhu. papepun saya belum ready lagi nak declare pada orang laen yang kami kapel. biarla masa yang tentukan segala2nya. saya taknak pisang berbuah dua kali. cinta bagai nak rak last2 habuk pun takde buat ape kan? kan? huhu. k la korang sume. bye.! ngantuk. tdo dulu.

assalamualaikum. selamat malam.

Tuesday, November 1, 2011

Kehilangan


sumpah.!
aku terasa kehilangan.
kehilangan sorang kawan.
yang dulu penah rapat dengan aku.
yang rajin melayan kerenah aku.
yang tak penah lupe untuk tegur aku di.......

tapi..
sejak berita itu.
dia terus menjauhkan diri dari aku.
ape salah aku.
aku cuma mahu berkawan seperti dulu.
kenape dia seakan menjauhkan diri dari aku?

kepada dia.
aku doakan dia bahagia.
disamping orang yang dia sayang.
aku mendoakan yang  terbaek untuk dia.

andai dapat rahsia ini ku simpan.
akan ku terus simpan.
agar dia tidak seperti ini kepadaku.

semoga bahagia sahabat =)

Sunday, October 30, 2011

AFamosa Resort Melaka

salam readers.

hai sume.! pecer korang? eh eh. macam poyo je aku tanya cam tu. ecece. huh. da lame rase tak update blog. yela. blog jela tempat aku meluahkan rasa dan cerita. yiiha. ayat TIDAK BOLEH BELAH di situ ye. miahaha. lantak ler. blog aku, so aku punye suke la. sabtu 29 Oktober 2011, opis kakak ipar aku ade buat family day kat AFamosa Resort. time kakak ipar aku ajak tu. eksaited giler aku nak pegi. gile kau.! sape tak nak g bercuti. FREE lak tu. dala memang skang aku sangat2 perlukan cuti. eheh. maksud aku vacation la. huhu. walaupun sehari je. sumpah best.! rase tak puas mandi kat situ. 1st2 masuk pun aku da teruja tengok environment dia. cume parking jela takde. cam hampeh. huhu.  ni la serba sebanyak gambar yang sempat kitorang rakamkan untuk kenang2an korang. eceh. tetibe. enjoy.!


dak Qis masuk game ape tah

kami cume pemerhati tegar

pass

slps puas bermandi mande

hepi family

all gurlz

saranghae

bye2 afamosa

main entrance


haa. sebelah malamnya kitorang g makan ikan bakar lak kat umbai. pergh.! terbaek wok.! memang syok melayan ikan segar terbaek dari laut. ngeehee. lagi best bile MAKAN FREE. yariba2 andre2. sumpah mewah hidup aku cenggini.! malam tu kitorang melantak kaw2 punye. ngeehee. yang speselnye ikan bakar kat melaka ni makan dengan nasi lemak tau. adela dalam 10 bungkus kitorang hadap malam tu. miahahaha. makan budok. makan budok.!


nasi lemak limapulohsen

cicah ikan bako

jeli kelapa pandan

otak2 melaka. terbaek.!

smntara menunggu mknn smpai

feveret der. sotong celup tepung

ikan bako. ikan apetah nme beliau

kailan ikan masin

kupang sweet sour

burrp....alhamdulillah

after mencekik

adik aku dok teka teki dgn aku. ngah, menu ni ala2 ape? aku jawab ala2 thai kot. dia kata. salah.! ala.....kassiiimmm..nk terkeluar balik makanan aku dgr jwpn adik aku. sengal betul.! cis.!

malam tu pokai kakak ipar aku. adela dalam RM88.60 kena cas malam tu. hehe. thanks kakak iparku.!

sekian saja dari saya. melaporkan dari melaka bandaraya bersejarah. sekian.

p/s: aritu en.B ajak g genting ngan sunway lagoon. ish. tak sabarnye den.! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...