Qisya Arabella Danella Juhinin (051011-051211) |
salam readers.
arini aku nak kongsi 1 kisah sedih tentang seorang kawan rapatku masa di skola dlu.
nama dia dot (bukan nama sebenar). hmm. berat rase ati nk cite. tapi aku dedikasikan entry kali ni pada arwah anaknye. Qisya Arabella Danella.
semalam dot call aku. suara dia macam dalam kedaan kelam kabut. mula2 aku ingatkan dia saje nak tanye kabar. sebab kami da lame tak jumpe. lagipun dia di sabah sebab suaminya orang sane.
05 oktober 2011. tarikh keramat bagi dot dan pasangan sebab dapat cahaya mata pertama mereka.
sape lagi kalau bukan Qisya. lepas dot bersalin aku dan sorang lagi best fren aku (pka) tefon dot untuk tanya kabar dia dan baby nye. memang eksaited sangat kami time tu. yela. teruja sebab kami da jadi "aunty" kn? hehe. macam2 kami borak dengan dot time tu. tapi dia tak banyak cakap sangat sebab time tu baby dalam hospital. kami sempat dengar Qisya nanges dalam tepon. waa..lagi teruja la kami nak jumpe Qisya. dot kata dia nak balik awal tahun depan. dalam hati kami, tuhan je yang tau betapa eksaitednye nk jumpe Qisya.
lepas tu. lame dot menyepi....
semalam. 05 disember 2011.
aku dapat call dari dot.
"baya, aku ade sesuatu nak cakap kat ko ni" time ni siyes sangat bunyi sore dot. aku da start cuak.
dot cite satu2 kat aku. Ya Allah! time ni betapa terkejutnya aku dengar berita dari dot.
sambil nanges dot cakap "baya, Qisya da takde........"
innalillah.....Ya Allah, cepat betul Kau ambil Qisya dari kami.
hanya sekejap Kau pinjamkan dia pada kami.
dot cakap Qisya meninggal sebab paru2 di dijangkiti kuman.
diam tak terkata aku dengar cite dot. satu2 dia citerkan pada aku.
yang paling sedih, Qisya hidup genap usianya 2 bulan.
dot jugak cakap..dia sempat dukung Qisya buat kali terakhir masa kat hospital tu.
sambil aku taip entry ni. aku nanges. walaupun aku tak sempat jumpe Qisya, tapi aku sangat terasa kehilangan baby comel tu.
Qisya,
makcik doakan Qisya bahagia di alam sana.
walaupun makcik tak sempat jumpe Qisya. makcik sayang sangat kat Qisya.
makcik tau Allah lebih sayangkan Qisya.
kepada dot,
aku harap ko tabah hadapi dugaan ini.
aku sentiasa doakan kebahagiaan ko di sini. sahabat =)
p/s: entry ini didedikasikan khas buat baby Qisya. 05122011
Al-Fatihah.......
No comments:
Post a Comment