Friday, December 30, 2011

sayonara 2011 =(

salam readers.


salam tahun baru untuk semua. hmm. cepat betul masa berlalu. pejam celik pejam  celik, da nak masuk 2012 da. sedih lak rasa. da macam2 benda berlaku dalam tahun 2011 ni. dalam tahun ni jugakla aku dapat masuk DPLI kat UiTM shah alam. bersyukur sangat dengan kurniaan yang Allah da bagi kat aku. Ya Allah.Alhamdulillah atas rahmatMu. =)

lau  nak ingat balik sume memang tak cukup page la aku tulis. macam2 da aku hadapi dalam tahun 2011 yang bakal berlalu tak sampai 24jam lagi ni. hmm. rasa sedih pn ade. rase gembira pun ade. agak2 ape azam tahun baru korang ae? aku? macam besela. tiap2 tahun aku harap aku akan terima jodoh dan yang pasti aku harap "dia" adalah yang terbaek untuk aku. hehe, gatai bukan? *adeakukesah*

perjalanan hidup aku masih panjang. aku kena tempoh pelbagai2 lagi dugaan dan cabaran untuk tahun depan. entah apela agaknye dugaan tahun depan kan. hmm.pasrah. aku harap aku tabah dan kuat untuk hadapi semuanya.

bese lau tahun baru nak masuk mesti da list kan azam tahun baru kan kawan2? ape azam tahun baru korang kali ni. antara azam yang aku nak sangat ia berlaku:

1) ofcoz, aku nak tamatkan zaman bujang aku. hehe.
2) aku nak jadi sorang pendidik yang berjaya dan disayangi. sweet tak?
3) aku nak jadi sorang isteri yang taat dan patuh pada suami aku nanti. *beranganpuntakbleh*
4) nak jadi anak yang dapat balas segala penat lelah mak abah aku.
5) teringin nak bawak semua family aku g bercuti dan kos nye aku yang tanggung. *lamedaazamnitau*
6) lau boleh, nak tengok mak abah dapat g haji tahun depan. *amin*
7) nak miliki sebijik kete sendiri. da taknak tumpang orang lagi da. *insyaallah*
8) nak baiki kelemahan diri dan tingkatkan lagi kelebihan *cehmacamlaadekelebihankan*
9) taknak buat mak n abah nanges sebab aku *insyaallah*
10) nak semua orang bangga dengan diri aku. *amin*

...................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................


sila isikan ruang kosong..ehee

SELAMAT DATANG 2012. DAN SELAMAT TINGGAL 2011.
MOGA SEMUANYA AKAN TERUS LANCAR.

p/s: ini entry terakhir untuk tahun 2011.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...