Wednesday, November 28, 2012

Resepi : Puding Roti & Sos Kastard

salam readers.

aku ni tak pandai masak. lau masak pun yang simple2 je. sebab malas nak sedia bahan bagai..hoho. lagi satu sifat tersembunyi aku adelah malas. so, oleh kerana malas, aku pun nak buat sumthing yg simple2 jela macam puding roti ni. yela..sket2 da kena belaja buat sume ni..tak lame lagi da nak kawen baya oiiii..eheh. okela..cekidaud.!!

bahan-bahan yang diperlukan:

untuk puding:

- 10 keping roti gardenia (bukan ponn bolee)
- sedikit marjerin untuk disapu pada roti
- 2 sudu besar buttercup
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung jagung
- 300ml susu segar (cap ape2 pun bolee)
- sekotak kecil kismis

cara membuatnya:

1) sapukan marjerin pada roti depan dan belakang dan campakkan kedalam loyang.

roti yang telah disapu marjerin

2) pukul telur, esen vanilla, tepung jagung dan gula sehingga sebati.

3) masukkan buttercup yang telah dicairkan di atas kuali dan pukul sebati dan curah ke dalam loyang.

4) sukat susu segar 300ml dan curah ke dalam loyang.

5) taburkan kismis di atas roti tersebut.biarkan roti terendam selama 30minit di dalam loyang untuk melembutkan tekstur..eh..apekah?? bedal la labuuu.

sebelum bakar

6) ok, boleh la bakar di dalam oven sampai ia masak. (pandai2la korang)

da siap bakar


sos kastard:

- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla

cara buat:

1) masukkan kesemua bahan tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga masak. pastikan api sederhana dan bila sudah masak boleh disimpan di dalam peti untuk disejukkan.

# makan sejuk baru syiokk..

sos kastard

da masak sume leh la dihidangkan untuk seisi keluarga..

ni 1st time aku buat..so, inila hasilnya..tadaaaaaa...

ready to eat..nyum2..

nota kaki: sesuai dihidangkan pada waktu petang sambil ditiup angin sepoi2 bahasa (lau korang minum kat luar la). walaupun ni 1st try, xsampai 10 minit tinggal suku loyang je oke.! ahaks..sedap lattewww...

nape loyang tu bertukar?? haha..sebab tibe2 saya rasa macam terlalu besar saiznye..

selamat mencuba!

okbye!

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...