Wednesday, September 21, 2011

1st Anniversary


21 September 2010

teringat kenangan itu.
waktu kita sama2 masih mengenali ati budi.
waktu masih sama2 malu untuk memulakan.
ahh..rindu.!
Sayang rindu kenangan itu.
saat manis bersama B.
"i love you"
ungkapan keramat yang B lafazkan pada Sayang.
kenapa selama ini Sayang langsung tak mengendahkan setiap kata yang diluah.?
seringkali B ungkapkan "sayang"
cuma Sayang tak mahu mengaku.
menafikan perasaan yang mula berputik.
menidakkan ape yang terdetik di hati kecil ini.
perkenalan kita hanya bermula sebagai kawan.
mungkin sebagai kawan lama yang tidak pernah bertegur sapa sebelum ini.
aah. bila Sayang kenang kembali. malu pula rasa hati.
B. maafkan Sayang kerna tidak pernah sedar kehadiran B selama ini.
cinta sejati yang Sayang cari selama ini rupanya hanya di depan mata.
rupanya cinta itu adalah B. yang selalu menjadi tempat luahan hati sayang selama ni.
B tak pernah cakap pun selama ni B cintakan Sayang.
maaf andai hati ini lambat terbuka untuk B.
sekarang Sayang sedar. B adalah segalanya.
cinta yang Sayang cari2 selama ni.
B. terima kasih sebab hadir dalam hidup Sayang.
setelah sekian lama hati ini tertutup buat insan bernama lelaki.
tapi B hadir memberi kekuatan untuk Sayang kembali
percaya pada cinta. percaya pada takdir Illahi.
kini genap setahun hubungan kita.
B, thanks for being there for me.
Sayang harap B insan terakhir dalam hidup Sayang.
dan semoga saja Allah menyatukan hati kita
hingga ke akhirnya.


Aishiteru B sayang. 











No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...