Sunday, June 5, 2011

Cabaran 14 hari??

various flavo

KEMPEN Cabaran 14 hari Nestle Bliss berusaha untuk memupuk kesedaran masyarakat umum mengenai pentingnya memiliki sistem penghadaman yang baik.
“Ini kerana 70 peratus daripada sistem imun tubuh berada dalam saluran penghadaman justeru amat penting untuk menjaga kesihatan penghadaman kita supaya ia berada pada peringkat optimum,” kata Pengurus Eksekutif Perniagaan, Nestle Products Sdn Bhd, Lai Yit Woon.
Kempen terbabit dianjurkan bagi memberi sokongan kepada Hari Penghadaman Sedunia yang diadakan pada 29 Mei setiap tahun.


Susulan kejayaan kempen tahun lalu, Nestle Bliss mengundang rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran ini bagi meningkatkan lagi kesihatan usus mereka.

Kempen kali ini menyaksikan pembabitan penyampai radio terkenal iaitu Farah Fauzana dan Ikhwan dari Hot FM dan Nicholas Ong dan Jane Ng dari One FM yang menjadi mentor kepada pemenang mereka.

Dengan kadar minimum dua hidangan 200 mililiter setiap hari selama 14 hari, pengguna boleh melihat perubahan dalam pergerakan usus mereka, transit yang lebih lancar serta rasa selesa dan ceria sepanjang masa.

Minuman yogurt berkenaan diperkaya dengan inulin iaitu serat larut yang menggiatkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus atau kultur hidup. Ia adalah minuman yogurt di Malaysia yang mengandungi kedua-dua inulin dan kultur hidup manakala pengguna kini boleh menikmati campuran semula jadi susu rendah lemak dengan jus buah-buahan.

Pameran bergerak cabaran terbabit berakhir pada 29 Mei lalu di Mydin Subang Jaya dan Jusco Metro Prima Kepong yang mana keempat-empat penyampai radio itu berkongsi pengalaman mereka setelah menyahut cabaran 14 hari dengan masyarakat umum.


Menurutnya, minuman yogurt boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada diet harian mereka untuk mengekalkan sistem penghadaman yang lebih baik.

p/s: my fev flavo is tropical n mixed fruits dan juga mango..! yummy..!


sumber: metro online 06 june 2011

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...