Monday, March 7, 2011
simptom PMS...OH WANITA..!
Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:
## Perut kembong
## Kejang perut
## Payu dara bengkak atau sensitif
## ketegangan atau bimbang (anxiety)
## Masalah tidur (insomnia)
## Sakit sendi atau otot
## Pening kepala
## Lesu
## Jerawat
## Hayunan perasaan (Mood swings)
## Peningkatan masalah kulit sedia ada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Tips Mengurangkan Sindrom Datang Bulan
Bagi mengurangkan gejala-gejala PMS, cuba kurangkan atau mengelakkan sama sekali pengambilan kopi, coklat, soda dan makanan yang mengandungi banyak gula, mengurangkan gejala-gejala PMS.
Bukan saya yang kata tetapi Barbara Silbert D.C. yang kata. Beliau merupakan pakar kesihatan wanita di Newburyport, Massachusetts.
Malahan, sejumlah pakar menyarankan anda melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya kaya serat, di dalam diet anda.
Makanan yang mengandungi kacang soya dapat membantu tubuh mengatasi perubahan hormon selama kitaran haid.
Kajian yang dijalankan oleh Massachusetts Institute of Technology pula mendapati, jus kentang dapat menghilangkan gejala PMS dalam masa lebih kurang setengah jam sahaja.
Kentang mengandungi sejenis bahan kimia asid amino perlu triptofan yang dapat membantu menstabilkan reaksi kimia, penyebab perubahan mood.
Di samping itu, olahraga teratur juga dikatakan bermanfaat untuk mengendalikan PMS.
Sementara itu, berdasarkan pembacaan saya, seorang doktor di Owings Mills, Maryland, Willow Moore berkata, salah satu penyebab kekejangan serta pendarahan yang banyak semasa haid berpunca daripada ketidakseimbangan estrogen dan progesteron.
Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis hormon yang memainkan peranan utama dalam sistem reproduksi wanita.
Biasanya, wanita yang mengalami masalah haid memiliki terlalu banyak estrogen dan kurang progesteron dalam satu hingga dua minggu sebelum masa haid tiba.
Ketidakseimbangan itu jugalah yang mencetuskan gejala-gejala seperti sakit kepala dan perubahan mood wanita yang ketara.
Dalam tempoh ini, saya berharap sangat agar kaum lelaki lebih memahami perubahan yang berlaku kepada pasangan masing-masing.
p/s: encik syg....tlg phm ye..^_^
Labels:
K.O.N.G.S.I. I.N.F.O
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment