Wednesday, February 23, 2011

perempuan dan dot..dot..dot..

Pagi semalam seperti biasa selepas menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, aku akan menunggu suami aku mengambil motor untuk menghantar aku ke tempat kerja pula.

Lalu ketika itu sepasang kekasih (aku kira) berhenti dekat sekali dengan aku. Tanpa sedar aku memasang telinga cuba mendengar apa yang mereka bualkan. Sekadar tindak balas biasa bila keadaan seperti tegang antara mereka.

Antara dengar dengan tidak aku mendengar si jejak menghalau si gadis turun. Mula-mula dengan suara biasa kemudian menjadi sedikit kuat. Dan walaupun dihalau sebegitu si gadis hanya berkata dengan perlahan, mungkin malu dengan aku…”Hantarlah I balik dulu.” Berkali-kali dia merayu agar si jejaka sekurang-kurangnya menghantar dia balik dulu tapi malah makin ditengking oleh si jejaka. Kemudian bila si gadis masih juga tidak berganjak si jejak bertindak tegas, dia matikan enjin dan balik meninggalkan si gadis di situ. Satu perkataan yang sangat jelas aku dengar dari mulutnya “Pergi mampuslah!”

Sebagai seorang wanita hati aku begitu tersentuh, terhiris dan merasa sangat terhina dengan perbuatan si jejaka. Setelah sehari suntuk bermesra bila rasa mengantuk sanggup dia tinggalkan si gadis demi untuk kepentingannya sendiri. Apalah salahnya menghantar si gadis balik dulu. Oo menjemput bukan main lagi siap sampai awal tapi nak menghantar balik berkira pula…*geram*. Aku menoleh melihat keadaan si gadis dan merasa sedikit lega bila dia tidak hanya menunggu di situ tetapi sudah beralih ke perhentian bas. Sekurang-kurangnya dia masih ada maruah untuk berusaha balik.

Ingatlah adik-adik…bila kita sudah serahkan segalanya maka inilah yang akan terjadi. Sedangkan ikatan perkahwinan pun masih tidak menghalang lelaki (ops bukan semua ya) memandang rendah wanita inikan pula kekasih. Jadi tolonglah…fikirlah semasak-masaknya sebelum menyerahkan kehormatan mu…yang menanggung hukumannya hanya diri kita sendiri.

Tapi sebelum aku beredar dari situ ku lihat si jejaka kembali. Dia termenung sejenak mungkin tengah berfikir nak balik rumah atau hantar si gadis balik. Kemudian dia membelok dan mengambil si gadis di perhentian bas. Betapa besarnya kuasa CINTA kan…Sekurang-kurangnya hati aku yang sakit dan rasa terhina tadi (bagi pihak si gadis) sedikit terubat. Suami aku kata…dia takkan sampai hati tinggalkan kekasihnya begitu sahaja…

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...