Monday, February 28, 2011

kenApE PErEmPuaN MenAngEs??

Ada seorang anak yang bertanya kepada ibunya kenapa ibunya menangis.Tetapi sang ibu mengatakan bahwa dia tidak akan mengerti dengan arti tangisannya.
Kemudian ia pun bertanya kepada sang ayah kenapa ibunya menangis.Dan sang ayah pun mengatakan bahwa ibunya menangis tanpa alasan yang jelas.

Waktupun berlalu. Sang anak mulai membesar beranjak remaja. Tetapi dia terus bertanya-tanya mengapa perempuan menangis.Hingga pada suatu malam anak ini memohon kepada Tuhan,"Tuhan,mengapa perempuan mudah menangis?".Dan bermimpilah dia.

Dalam mimpinya dia seolah2 mendapatkan jawabannya, dan berikut jawaban Tuhan dalam mimpi anak tersebut :
1. Saat Ku ciptakan wanita,aku membuatnya menjadi sangat utama
2. Ku berikan kekuatan pada wanita agar bisa melahirkan bayi dari rahimnya.
3. Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya pantang menyerah,saat semua orang sudah putus asa
4. Ku berikan kepadanya kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya,walau dia sendiri letih,walau sakit tanpa berkeluh kesah
5. Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai anaknya dalam keadaan apapun juga.
6. Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya dalam situasi sulit.
7. Ku berikan padanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah suami yang tidaka pernah melukai istrinya.
8. Dan akhirnya Ku berikan wanita airmata agar dapat mencurahkan perasaannya.Ini bukan kelemahan dari wanita karena sebenarnya airmata ini adalah airmata kehidupan.

Sunday, February 27, 2011

APE itu GASTRIK ??


oleh sbb lately ak sllu diserang penyakit ini..jd ak nk share sket info ttg gastrik kt cni:
#
#
#
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.



Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Wednesday, February 23, 2011

perempuan dan dot..dot..dot..

Pagi semalam seperti biasa selepas menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, aku akan menunggu suami aku mengambil motor untuk menghantar aku ke tempat kerja pula.

Lalu ketika itu sepasang kekasih (aku kira) berhenti dekat sekali dengan aku. Tanpa sedar aku memasang telinga cuba mendengar apa yang mereka bualkan. Sekadar tindak balas biasa bila keadaan seperti tegang antara mereka.

Antara dengar dengan tidak aku mendengar si jejak menghalau si gadis turun. Mula-mula dengan suara biasa kemudian menjadi sedikit kuat. Dan walaupun dihalau sebegitu si gadis hanya berkata dengan perlahan, mungkin malu dengan aku…”Hantarlah I balik dulu.” Berkali-kali dia merayu agar si jejaka sekurang-kurangnya menghantar dia balik dulu tapi malah makin ditengking oleh si jejaka. Kemudian bila si gadis masih juga tidak berganjak si jejak bertindak tegas, dia matikan enjin dan balik meninggalkan si gadis di situ. Satu perkataan yang sangat jelas aku dengar dari mulutnya “Pergi mampuslah!”

Sebagai seorang wanita hati aku begitu tersentuh, terhiris dan merasa sangat terhina dengan perbuatan si jejaka. Setelah sehari suntuk bermesra bila rasa mengantuk sanggup dia tinggalkan si gadis demi untuk kepentingannya sendiri. Apalah salahnya menghantar si gadis balik dulu. Oo menjemput bukan main lagi siap sampai awal tapi nak menghantar balik berkira pula…*geram*. Aku menoleh melihat keadaan si gadis dan merasa sedikit lega bila dia tidak hanya menunggu di situ tetapi sudah beralih ke perhentian bas. Sekurang-kurangnya dia masih ada maruah untuk berusaha balik.

Ingatlah adik-adik…bila kita sudah serahkan segalanya maka inilah yang akan terjadi. Sedangkan ikatan perkahwinan pun masih tidak menghalang lelaki (ops bukan semua ya) memandang rendah wanita inikan pula kekasih. Jadi tolonglah…fikirlah semasak-masaknya sebelum menyerahkan kehormatan mu…yang menanggung hukumannya hanya diri kita sendiri.

Tapi sebelum aku beredar dari situ ku lihat si jejaka kembali. Dia termenung sejenak mungkin tengah berfikir nak balik rumah atau hantar si gadis balik. Kemudian dia membelok dan mengambil si gadis di perhentian bas. Betapa besarnya kuasa CINTA kan…Sekurang-kurangnya hati aku yang sakit dan rasa terhina tadi (bagi pihak si gadis) sedikit terubat. Suami aku kata…dia takkan sampai hati tinggalkan kekasihnya begitu sahaja…

Tuesday, February 22, 2011

oh LeLaKi part 3

Maksud perkahwinan atau perhubungan yang bahagia kepada seseorang lelaki.

Bertemu dengan wanita yang betul atau kata lain…Miss Right yang sanggup berusaha memahami dia dan apa yang dilalui olehnya dalam peringkat hidup yang berbeza. Kalau dia diberi pilihan antara anda dan wanita yang lain…PASTI dia pilih Miss Right!

Jadi kalau anda rasa nak dapatkan atau jadikan pasangan anda Mr Right… adakah anda juga seorang Miss Right?


Ex-Boyfriend Anda? Itu Sejarah!!

Seboleh-bolehnya jangan langsung anda bercerita tentang ex-boyfriend anda. Ingat ya, walaupun dia bertanya tentang ex-bf anda, katakan itu semua sejarah. Tidak penting dan anda telah pun melupakan hal yang lepas. Katakan padanya hanya dia sahaja yang amat bermakna dan menjadi keutamaan anda sekarang. Katakan juga fokus anda sekarang hanyalah dia dan masa depan anda bersama dia. Kesannya bila terlibat dalam perbualan tentang perhubungan lepas anda dan juga ex-bf dengan pasangan anda adalah amat berbahaya! Selalunya “tercebur” dalam topik seperti ini mampu mengubah “mood”nya dan boleh berakhir dengan perselisihan faham. Lelaki ingin tahu dan mengetahui HANYA dia sahaja yang menjadi fokus dan keutamaan dalam hidup anda. Lagi pun, apa yang pentingnya nak bercerita tentang ex-bf? Nama pun “ex”.


Masih Simpan Barang/Hadiah Ex-Bf Sebagai Kenangan?

Okay, ini mungkin juga sensitif bagi kebanyakan wanita kalau saya katakan TIDAK perlu anda simpan apa pun barang-barang yang menunjukkan wujudnya kaitan di antara anda dengan ex-bf atau perhubungan anda yang lepas. Mungkin gambar-gambar lepas bersama ex-bf ke, atau hadiah yang anda terima dari ex-bf ke, malah apa sahajalah yang ada dalam simpanan anda yang boleh dan mampu mengingatkan kembali dan ada kaitan dengan perhubungan yang lepas.

Pada kebanyakan wanita apa salahnya? Bukan apa pun, “just buat kenangan jer”. Mungkin juga, “ Teddy Bear tu cantik sangat, mahal pulak tu, sayang nak buang”, atau mungkin juga wanita berkata, “laa..takkan la tak boleh nak simpan, bukan maksud tak sayang pasangan sekarang ni, itu hal lepas.. hal lepas tu hal lepas la, tak penting dah. Lagi pun sayang nak buang album tu, cantik”.

Kalau bf/pasangan anda sekarang tak kisah, “so its okay”. Namun demikian, kebanyakan lelaki TIDAK suka. Kenapa? Kerana barangan itu semua menunjukkan kepadanya bahawa ex-bf anda MASIH lagi wujud dalam hidup anda! Dan ini membuatkan lelaki(kebanyakan ya, tidak semua. Ada juga lelaki yang tidak kisah.) amatlah tidak selesa.

Lelaki ingin tahu HANYA dia sahaja wujud dalam fikiran dan hidup anda. Bila dia tahu dan pasti tentang hal ini, dia akan dengan selesanya dan tanpa ragu-ragu membuka hatinya dengan rela untuk mencintai anda sepenuhnya.


Jangan Merungut!

Lelaki TIDAK bertindak balas dengan rungutan atau wanita yang bercakap banyak atau “membebel”. Kalau anda tergolong wanita jenis ini, dah boleh persiapkan diri untuk mengubah sikap anda. Merungut dan membebel akan membuatkan lelaki berasa anda bersaing dengannya. Kebanyakan lelaki akan bertindakbalas dengan tindakan yang hampir sama sekiranya wanita merungut atau membebel terhadapnya. Sekiranya ini terjadi, kedua-dua pihak, anda dan pasangan juga yang akhirnya akan terluka dan masalah tidak akan selesai malah bertambah kusut.

Ingat, anda pasangannya, bukan lawannya. Untuk membuatkan lelaki mendengar apa yang anda kata dan luahkan BUKAN dengan rungutan dan “membebel”. Apa yang anda perlukan, ialah dengan menggunakan sifat “feminin” anda yang pasti akan membuatkan dia memberikan perhatian.

OH Lelaki Part 2

1. Bukan ke saya dah cakap “I Love You” semalam?

Ya, ya. Tak dinafikan perempuan ni selalu nak sangat si lelaki cakap those three little words, tapi tapi! It is somehow isn’t much important to most men. Jadi, terimalah kalau si dia tu macam tu. Dah beliau macam tu, nak buat macamana, ye tak? Tapi tu tak bermaksud he loves you any less pun! Tengok cara dia, that should communicate louder than his words. Action speaks louder than words kan? Hoho.

2. Awak nampak cantik sayang!

Hah, kalau kita tak nak standard jawapan, jangan tanya standard soalan! Itu memang akan buatkan lelaki ni off as there’s no right answer. You are going to disbelieve him anyway. Jadi jangan tanya, lebih baik tanya budak2 because kids don’t lie. Tee heeeee

3. Saya tak tengok dia la!

Lelaki tetap lelaki. Itu kenyataan yang tak dapat disangkal lagi. Kalau kita tengah makan dengan dia kat sebuah kedai/restoran etc, tiba-tiba dia notice the pretty girl at the cashier. Jangan complain! She’s pretty, that’s why he will notice! That is what we called his primal tendency. Kita tak boleh ubah what comes naturally to him dan tak perlu nak overly jealous about it. Hey, he loves you, so what? Hahaha. *tapi if he goes over the limit then you should do something! Haha.

4. Awak tak ready lagi? Dah lambat la!!

Well, dia dah cakap pukul 9, jadi maksudnya pukul 9, bukan 8.59 mahupun 9.01. He will never ever understand about being fachionably late. Membiarkan dia menunggu sementara kita mencari di mana kita letak kasut yang nak dipakai tu bukanlah satu idea yang bernas. Cuba hormati masanya. After all, you both can spend more time together. ^.~

5. Baju/dress tu cantik!

Lelaki sangat suka bila kita mengambil nasihat mereka dalam fashion. Kenapa? Sebab dorang akan rasa gembira sebab kita dressing up for them and not to impress other men! Haha. Kalau dia suka anda dengan shawls, then by all means buy shawls. He will appreciate the thought. :’)

6. Awak bosan?

Dia mungkin akan bercerita pasal game mybrute, his brute hero etc, but please look interested! It is at least you can do for all the hours that you’ve tortured him pasal beauty talk, baju mane yang cantik untuk dipakai, gossip pasal artis, etc. Hehe.

7. Awaklah orang itu!

Tak nak ke dengar those words from your man? Mesti kita akan rasa best bila they did it, take it as a compliment from your man, then, don’t let yourself go. Dia nak jadi the most luckiest guy in the room when you both walk in as a couple. Hohoho.*and sometimes they did proud of themselves when they walk with you in public with this dialog in their heart,”hey, this girl is mine. hahaha”. Then if you coincidentally nampak dia senyum2 tetiba, it should be he’s murmuring to himself. hahaha.

8. Saya tak fikir tentang apa-apa pun..

Jangan terlalu memaksa bila dia diam, jangan terlalu push dia. Kadang2 mungkin dia pun tak tahu apa yang dia rasa dan sometimes, giving him a little space will help him to sort things out. Things ain’t going to be okay if you push him harder. It might turns out to be the other way around. So ladies, take note!!! :’)

9. Ya, saya pakai niii!

Jangan tanya your man, awak nak pakai baju ni ke?, dengan muka yang macam tak puas hati atau sebagainya. Ohh, you better not! tee hee . Jangan jadi choosy dan queen control sampai ke tahap itu. Tapi jika anda mahu dia berpakaian seperti yang anda mahu, you better tell him earlier before he puts anything on. May be he might consider about it.

10. Biar saya betulkan!

Lelaki tak suka bermain dengan game teka-teki. I mean, if you ada masalah, tell him. Dia mesti akan nak cari solution untuk kita, dan itu semestinya cepat dan percuma. Hehe. Men are wonderful creations if you know how to deal with them on a daily basis. *saya pun tak master lagi bab ni. hoho.



“Most men know how to talk a talk,
Real men know how to walk a talk”

anda POYO..!

hohoho...arini rse mcm nk glak kuat2 sbb...sbb...sbb...hmm...adela...xle ak nk cite kt cni...tp ak rse mcm klaka giler la..nape la kne bt cmtu? nape ae? xphm sguh ak...perlu ke?? sorila...i xde rse ape2 lgsg ok...lau takat bt cmtu sbb nk i tgk n rse sumting...harap maaf...i bkn org yg u cari...huhuhu...lalala....mmg poyo thp asbestos itu manusia...sori beb...kau da slh org la...gua xrse pape pun beb...cme rse mcm nk gelak kuat2 sbb lu da bt smting yg memalukan u senirik...hikhik..oh Tuhan...3ma kasih atas sume ini...Kau bt ak smakin kuat utk hadapi hidup ini...papepun ak nk smbg gelak la...ahahahahahahaaha...(uik...da lebih 7 dekah..) dosa nt baya...uhuhuhuk...ok2..ak da xmo ktawa lg...ak nk ucap ALHAMDULILLAH je skng ni....thank God ^_^



p/s: encik syg...arini i escape futsal lg tau..msti u ske kan? kan? kan?

Tuesday, February 15, 2011

orangsayangsayang
BestFreeDesign.Com border=BestFreeDesign.Com border=


syg jgn gatal2 ye...haip..!

SUKA @ DUKA??

huhu...smlm ak dpt 1 brite hot..nk tau psl pe?? jeng2...NO..! i xkn cite ngn u all sbb ianye teramat peribadi..hoho..encik syg....bkn psl awk tau...hukhuk...ini antara fmly i punye crite...abes i canang satu fmly i smlm..hoho...ngumpat d ari mulia..(maulidur Rasul)...aastaghfirullah...huhu...tp nk wat cmne...da xle nk tahan beb...rse meluap2 dlm ati ni nk kabarkan pada sume..(ehem2...fmly i aje ok)...encik syg jgn mara ye...nt u da jd fmly i...i cite ok syg?? hukhuk....ikut ati mmg nk cite je kt sume org...tp...bl ak pk2 blk....xperlu la kot...xbaek...ckupla ak jg tepi kaen, baju, tuala, kaen batik, bju kurung, tudung ak seniri....itu lg bgus...ckup2la bt dosa 2 baya.....hahaha....insaf lak...(psst...kejap je ni..) hikhik...tp mmg terkejut tahap beruk mak yeh r smlm..mmg btul2 hot punye cite...lebih hangat dr HOT fm tau..hikhik...psst...fafau n FBI jgn mara ae...pnjm tagline jap..hohoho...papepun...i nk nasihat kt u all.....xperlula kita membangga diri dgn ape yg kita ade skng....SBB.....SEMUA ITU HANYA PINJAMAN......trust me...smlm i da blaja sstu yg sgt bergune...thank God...U alwayz guide me....Alhamdulillah..^_^
p/s : syg...arini i xmaen futsal tau....hukhuk..

Monday, February 14, 2011

entry ini tiada tajuk

oh lelaki....................................tetttttt...!
dua ari yg pnuh dgn dogaan dan cabaran.....ak dan encik syg gaduh lg...oh tidak...mmg xbest lgsg..knape? mgape? bgaimane? hmm....pnt la gaduh2 ni...tp...............encik syg cri pasal...mmgla sy akan mengamuk mcm bandi amuk yeyeah 2...hukhuk....sy sgt pntang lau da bab2 "kantoi" ni...mmg pantang..!! diulangi....PANTANG!! i hate dat....sgt2....knape msti jd perkare yg sme mcm dgn encik Bekas dlu...huhu....bencinye sy..benci...diulangi....BENCI..!! sy harap "perkare" spt ini tdk akn berlaku lg....plz....God plz guide me...kpd encik syg...plz...don't u ever do dat again...lau jd jgk....maaf....jwbnye..."slmt jln romeo" la sy akan nyanyi utk encik syg...ckupla skali....ckupla la...sy da SERIK dgn "sume2" ni....sgt tdk BEKENAN d HATI kecik sy yg ckup sensitip ni....n utk gurlz kt luar sne.....plz.....let me idup hepi dgn encik syg...tlg la korg jg encik syg korg seniri suda...xperlu nk "menggatal" dgn encik syg sy...tp org ckp...lau betepuk sebelah tgn xkn bunyi rite?? so...sy xsalahkn dorg smate2....encik syg jgk bersalah..! lau dia xmenggatal xkn jdik nye "sume" perkare yg plg ak benci ni...jgn igt sy pmpn...kaum adam leh bt sesuke ati mereka...oh plz...pmpn pun pndai mengamuk ok...pandai rse jeles...pndai balas dendam jgk ok...lau nk cabar sy....silakan....tp.....sy harap "sume" ni xkn jd lg...smpai bila2...bak kata adnan sempit..."i don't want banana fruit two times"...ehehe....but if i happen again....sy xkn teragak2 utk memutuskan hbgn ni...TAK AKAN...diulangi...TAK AKAN...! sy da serik....lebih mudah..sy da FOBIA dgn sume ni...

Ya Allah....seandainye ini takdirMu...ak redha...=)

p/s: dua ari yg indah tp.........................................sgt sedih :'(

Wednesday, February 9, 2011

fight 4 diz luv....should i??


emm...lately ktrg sllu gaduh...ntahla...ak seniri xphm nape sume ni jd...mgkin sbb ak terlalu ikut prasaan...hmm...mgkin sje nk cri penyebab utk ktrg sllu betekak...skng ni ak sllu sgt menanges....xsuke..! xsuke..! ak xnk jd cm dlu....ak nk hepi je mcm time ak SINGLE a.k.a SOLO dlu...ak cme harap ni yg terbaek n terakhir utk ak.....ya Allah....tabahkanla ati hambaMu ini....
duhai hati........tabahla................=(

Friday, February 4, 2011

tolong jgn menyebok!!!

eeee..!!! i hate dat!! ak plg benci lau org amek kisah a.k.a menyebok psl idup ak...eee...xske..! xske..!...rimas...! lemas..! mcm lgu fabulous cat 2....adoi...! napela ade minah or mat kepoh kt lua sne yg sebok beno nk korek rahsia ak itu ini??...u all jg tepi kaen ngn sluar u all suda la...! tlg la jgn sebok psl i...ok?!! skng ni ak rse punyela rmai minah or mat reporter yg nk nyebok korek cite psl ak...emm...pelik...nk kate ak ni public figure xplak...tp apasal dorg sgt ske menyebok haaa??? korg ni mmg da xde keje laen ke haa slaen menyebok nk korek2 rahsia org?? sebok nk jaja cite ak kt sape?? kt nayangsiangpau ke tamilnesan?? ayai.....kpd sesiapa d luar sana ye...sila tlg jgn amek pot or nyebok hal ak....biarla ak idup dgn tng dan aman makmur spt pahang darul makmur...uhuhuhu...
p/s: sy xske d skodeng a.k.a stalker

Thursday, February 3, 2011

fullstop

malam ini...sy rse mau nanges..!!!

salah ke jd jiwang??

alooo....ni hao ma?? eheh..nk speaking cino plak ak...mentang2la byk mkn limau skng nii..ngee...pg ni tbe2 ak tringin nk tulis psl jiwang....dunno y...tp rse mcm sje2 nk luahkan ape yg terbuku di fikirana skng ni...da ramai org ckp ak JIWANG....nk tau knape?? sbb ak mmg jiwang punye org...myb sbb ak kuat BERANGAN kot...ehee..ak rse xslh lau ssorg 2 ske jiwang2 ni..itukan hak individu...tul x? org bleh nmpk dr segi minat ak...mmg ak ske melayan :

# lagu2 tangkap CINTAN
# novel2 CINTAN
# LOVE poems
#segala2nya ttg CINTAN la....ahaaa

ak lgsg xkisah lau org ckp ak jiwang...coz diz is me...myb kdg2 ak terlebih LAYAN perasaan kot..uhuhu..sampai tgk cita CINTAN CINTUN pun leh brangan diri seniri yg blakon...huahuahua...(psst...ak rse ni mmg da thp KRONIK)...tp ade ak kisah????? jawapannye......................................................SORI...ada ak KISAH..!! lantak la ape org nk ckp...ak bkn kcau idup kamu..kamu dan kamu pun...! kamu sibuk psl ak ape psl?? huh..! nila manusia...suke sgt nyebok hal org...bak kata pepatah melayu.."suka jga tepi kaen org" huh....org2 mcm ni mmg ak wat derk je...dulik ape ak sme mereka...slgi ak xkcau idup dorg suda....org tua2 sllu ckp...bia rmai KAWAN...jgn ramai LAWAN....so, slgi ak rse ape yg ak bt ni xmengganggu gugat idup org laen....tlgla korg pun jgn mengganggu gugat idup ak gak ae....toloooooongla...huhu....emmm...mata da ngntuk...nk tdo dlu...esok nk g meronggeng rokiah naek moto bru abah....
Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...