Friday, June 1, 2012

cikgu? oh. bukan mudah keje ini.!

salam readers.




hmm. da lama saya tak update blog ni kan. da bersawang da. huhu. ekceli takde idea pun nak tulis ape. cume tadi tengah dok buat Rancangan Pelajaran Harian (RPH) terpk nak tulis pasal cikgu.

korang tau tak. bukan senang jadi cikgu ni. siyes! tanggungjawab sangat besa. hati kena ikhlas. sabar kena banyak. dan yang penting jangan cepat mengamuk. uwaa~ sume tu adelah perangai saya. kurang kesabaran itu adalah diri saya. huhu.

kadang2 saya terpk. knape Allah takdirkan saya jadi cikgu. mungkin inila hikmahnya. satu, sebab saya sangat susah bangun pagi. kedua, saya sangat kurang kesabaran dan cepat mara. tak caya tanya mak saya.hehe. ya, mungkin ni la hikmahnya. Allah nak saya blaja bersabar.

okla. jom teruskan kepada tajuk tadi. nape saya rasa jadi cikgu susah? 

mula2 saya masuk kelas, saya diarahkan jaga kelas periksa. dorang ni da form 5 tau. tapi masyaAllah. perangai macam budak2. time exam leh bercakap. bila ditegur, kejap je diam. then bising balik. bila ditinggikan sore. dorang akan jeling kita. percayala. budak2 zaman skang sangat tak boleh dimarah. 

lagi satu, ni hari laen plak, still kena jaga budak2 exam. tau tak, lagi 10minit nak start paper, boleh dorang gaduh and bertumbuk depan saya?? how dare them?? langsung tak hormat saya sebagai cikgu. siap baling kerusi. bila saya sentuh bahu mintak hentikan pergaduhan, boleh dorang tepis tangan saya? time tu Allah je yang tau. rasa macam nak give up pun ade. Ya Allah, karma apekah ini? tapi saya still sabar. saya jerit untuk hentikan pergaduhan dorang. Alhamdulillah. dorang dengar jugak. tapi tak lama. pastu dorang buat balik. Astaghfirullah. time tu saya tawakal je. lau saya ditumbuk time tu pun saya redha. haha. bila ingat balik, rasa nak gelak pun ada. kelakar jugak bila saya cuba tenangkan kedaan sedangkan dalam ati saya debar giler time dorang gaduh tu.

yang tu kes gaduh. ni ade satu lagi. sorang dak kelas form 4 yang saya akan aja nanti. ade sehari tu saya relief kelas dorang. time dok borak2 dengan dak perempuan kelas tu, sorang dak laki ni mintak saya 2hengget. slamber je dia cakap "cikgu, nak 2hengget.!" eeh. kuang aja punya budak..langsung tak hormat kita. dala bila saya tak kasi boleh dia cakap cikgu kedekut. ade aku kesah? hello. lau awak pau saya sorang then saya kasi, pastu mesti budak laen pun akan ikut perangai awak tu. pas dia pau kawan dia. terus dia kuar kelas and g kantin. balik dari kantin dia bawak balik eskem. sambil makan eskem tu sambil dia menunjuk2 kat muka saya. ish, dalam hati memang kuang aja punye budak. saya da nyumpah2 da. dalam ati da terpk, Ya Allah camne la saya nak aja dia nanti lau perangai nya cmni. hmm. saboo jela.

ekceli banyak lagi kejadian2 yang tak best nak ingat pasal perangai budak2 skang ni. tapi ape yang saya dapat simpulkan, budak2 skang ni takle nak mara sangat. nanti dorang benci and tak suka kat kita. kena layan cara dorang tapi pastikan dorang tak pijak kepala la. saya harap sangat nanti anak2 murid saya atleast hormat saya sebagai guru dorang. semoga Allah permudahkan segala2nya. amin~

hope reader2 sume pun tolong doakan saya dalam menabur bakti demi masa depan anak2 bangsa. saya harap dan doakan mereka menjadi orang berguna suatu hari nanti.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...