Monday, November 5, 2012

=(

arghh..!!

seringkali aku tewas
tewas melawan perasaan
benci.!
benci gilerrrr !!

Ya Allah..
tabahkan hatiku.
tingkatkan kesabaranku

sekali lagi
sekali lagi airmata ini jatuh
murahnya.!
argghhh..!

tiada siapa yang memahami
hanya pada Mu aku memohon..

Thursday, November 1, 2012

DIY bunga kertas

1) sediakan gunting, dawai halus dan kertas crepe (tisu pn bole)
2) bahagikan kepada 2 bahagian
3) bahagikan pula kepada 3
4) susun 4 helai kertas yang telah digunting sama saiz
5) lipas seperti kipas
6) ikat dawai ditengah2nya
7) gunting sedikit di setiap sudut
8) kembangkan lipatan tadi seperti di atas
9) kembangkan setiap helai
10) tadaaaaaa..inilah hasilnya..





p/s: boleh dijadikan sebagai hiasan hantaran, bunga telor, bunga tangan etc...

Mudah bukan??

SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, October 27, 2012

Pelindungku

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

nota hati: mengharapkan seseorang nyanyikan lagu ni untuk saya.

Wednesday, October 24, 2012

...............

.................

malam2 camni patutnya sume orang tengah sedap tido.
tapi aku? aku still setia depan laptop ni.
berat rasa hati tiba2. tak tau nape.
tadi 2 jam masa aku abeskan tengok "dia".
Ya Allah..ape aku da buat ni??
sepatutnya aku tak perlu buat macam 2 lagi.
tak tau nape. laju je tangan ni tekan keyboard dan taip .......

sekarang aku yang rasa menyesal dan bersalah.
sepatutnya ia tak perlu terjadi.
kenapa aku perlu terus ingat dan mencari..
kadang2 aku rasa bodoh sangat diri ni.
kadang2 aku benci dengan diri sendiri.
kalaula masa boleh diputarkan semula.
sumpah! sumpah aku taknak sume ni jadi..

Ya Allah, Kau tabahkanla hatiku.
kuatkan semangatku..agar aku kekal bersamanya..
lancarkan hari2 mendatang bagi kami..
semoga segala yang dirancang
diredhai-Mu..
satukan hati kami dan jauhkan kami dari godaan syaitan..
jika ini yang terbaek buatku..kau permudahkanla segalanya..

Amin~

Monday, October 8, 2012

SOAL KAWEN : Part 1

preparation:

setakat 8 oktober 2012

tempah baju sanding : DONE!

tempah pelamin : DONE!

tempah jahit baju nikah: DONE!

tempah kad jemputan : DONE!

goodies bag + bunga telor : DONE!

tempah homestay : DONE!

alhamdulillah ya Allah.. :)

Thursday, October 4, 2012

Sayonara SMK Meru






15 days left..
tik tok..tik tok..
tak sabarnya..tapi sedeh plak rasa..
hehehe..

Monday, July 30, 2012

Ramadhan kali ini - 2012

salam readers.

rasenya da bersawang blog aku ni. punyela lame aku tak hapdet. huhu. ni sume disebabkan kebizian yang melampau sejak menjadi pendidik ni. rasenye pose tahun ni paling tak best. sebab aku tercampak kat tempat ni (terpaksa dirahsiakan.ngee). tak tau la kenape aku tak suke sangat tempat ni. langsung takde life dok sini. persekitaran pun kurang menarik. time berbuka pun makan ape yang ade je. leh kire ngan jari kaki je bape kali aku menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan tahun ni. hmm. tak syok la. rase macam terkurung pun ade. biarpun da hampir 3bulan kat sini tapi still aku tak enjoy life kat sini. nak kata takde kawan ade je. cume. mungkin suasana kat tempat ni kurang memberangkan kot. (pergh ayat aku. kalah cikgu BM). haha. bila da kebosanan camni mulala aku teringatkan memori silam. time pose kat seri. waa. mizz dat moment so much la.! if i could turn back time T_T   huhuhu. tak baekla baya ko ni. kenala bersyukur kan. Tuhan da tetapkan rezeki setiap dari kita. so, aku kena redha. bila cakap pasal bazaar ofcoz aku rindu sangat time keje kat putrajaya dulu2. bazaar dia besa. macam2 ade. yang penting nasi kerabu kat sane memang superbb!! waa..rindu lagi. hmm. yang paling syok time dok putra, every day kot ade orang nak banje untuk berbuka. memang heaven giler la wa cakap lu. staf2  kat sane memang tak kedekut langsung nak banje adik2 cam kitorang. ade je jemputan berbuka. da 2 makan bukan cikai2. makanan suke super duper best. kawan2 kat sane pun giler kentang. sangat2 syokla kan.

bila tiap kali aku rase macam tak bersyukur camni. aku rase berdosa plak. ish3..Ya Allah, Kau ampunkanla dosa2ku. sesungguhnya aku hanyala manusia kerdil yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa. amin~.
lagi satu mungkin aku tak berapa nak enjoy puasa tahun ni sebab aku pakai %^&*%$ kot. so, susah nak makan. hehehe. skang ni kena tahan nafsu makan la. itu takleh makan. ini takleh makan. tengok jela sambil telan airliur. takpe2. aku kena fikir dari sudut positif. leh la aku cepat kurus.hehehe. lagipun tak lame lagi nak kawen. kenala diet siap2. huhu. cakap pasal diet ni tunang akula orang paling susah ati. hehe. sebab ape? sebab aku makin kecik. dia makin kembang (ampunkan saya ye kepada yang berkenaan). dia risau nanti time kawen orang ngata kitorang je. haha. alah. small the matter la 2 kan. ape ade pada rupa. janji ati baek rite? (ceh, ayat nak sedapkan ati je kan?). ala. tak kesah la ape orang nak cakap. yang penting kita hepi and tak kacau idop orang laen. nobody's perfect la..! am i rite??

lagi 2 bulan je lagi aku kena tempuh sume ni. tak sabar rasanya nak balik kampung dok goyang kaki sambil besokan smule badan ni. thehehe.. ;p
semoga aku dapat harungi sume ni dengan tabah dan cekal. semoga satu hari nanti aku menjadi pendidik yang ikhlas melakukan segala tugas demi masa depan anak bangsa. (ececece..geli je baca ayat aku ni kan??).

mungkin tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA..!

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI 1001 KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA.

p/s : jangan lupa tingkatkan ibadah dan kutip pahala banyak2. ^_^
Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...